Berikut adalah
berita kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin...
sumber dari
Berita HArian....
Tentera
Israel rogol 15 wanita Palestin
NABLUS: Wanita
Palestin yang dibebaskan dari tahanan Israel berkata lebih 15 wanita Palestin
dirogol oleh penyiasat Israel bagi memaksa mereka mengakui tuduhan yang
dikenakan ke atas mereka dan bekerjasama dengan perisik Israel.
“Penyiasat
Israel dan pegawai perisikan menyimpan rakaman video kejadian rogol itu
bagi mengugut tahanan wanita,” kata wanita yang tidak mahu dikenali itu
kepada IslamOnline (IOL).
“Saya didera
secara seksual dan diambil gambar. Apabila saya cuba ke Jordan selepas
dibebaskan pegawai perisikan Israel menunjukkan gambar yang menghinakan
itu,” katanya. Dia menjelaskan teknik itu sudah digunakan sejak bertahun
lalu oleh penyiasat Israel terhadap tahanan Palestin.
“Mereka sudah
menggunakan teknik rogol sebelum penahanan saya dan terus menggunakannya
sehingga kini,” kata wanita Palestin yang pernah dikurung sembilan tahun
di penjara Israel.
Dia menegaskan
wanita Palestin malu untuk melaporkan kejadian rogol itu kerana sensitiviti
masyarakat konservatif Palestin.
Katanya pihak
Israel mengancam akan mengedarkan gambar rogol itu jika ada antara mereka
yang membawa perkara itu kepada umum atau akhbar.
Amalan pencabulan
seks tidak terhad kepada tahanan wanita Palestin saja. Dalam perbualan
telefon dari penjara Israel, seorang lelaki Palestin memberitahu IOL dia
dilarang memakai sebarang pakaian sejak ditahan lapan bulan lalu.
“Saya tidak
memakai pakaian sepanjang tempoh tahanan. Pengawal Israel meneruskan pemeriksaan
sepanjang masa dan jika kami enggan mereka akan menyeksa kami,” katanya.
“Israel, menerusi
Shabak, melanggar konvensyen antarabangsa mengenai penderaan yang menyebutkan
semua pihak perlu mengambil langkah perundangan, pentadbiran dan kehakiman
bagi menghalang penyeksaan di bawah bidang kuasa mereka,” kata penyelidik
hak asasi manusia Palestin.
Shin Bet, juga
dikenali sebagai Perkhidmatan Keselamatan Umum atau Shabak, adalah agensi
keselamatan di Israel. – Agensi
|