Penemuan
rangka manusia luarbiasa di Arab Saudi…satu pembohongan?
Sekali imbas
gambar ini yang dikirim menerusi email oleh seorang pembaca Agendadialy
memang menakjubkan.
Siapa sangka
ia bukan gambar tulen.
Lihat pada
gambar rangka manusia ini dan gambar dua lelaki yang sedang menggali sekitar
kawasan penemuan itu.
Rangka manusia
35 miter panjang ini dikatakan ditemui oleh sekumpulan pekerja carigali
gas Aramco di kawasan padang pasir di selatan Arab Saudi.
Kawasan itu
dikenali dalam bahasa Arab sebagai 'Rab-Ul-Khalee'.

Sejurus penemuan
itu pihak tentera Arab Saudi telah mengepung seluruh kawasan.Tiada siapa
dibenarkan masuk ke kawasan itu kecuali kakitangan Aramco. Ia dirahsiakan.
Namun begitu
seorang juruterbang helikopter dikatakan telah merakamkan gambar berkenaan
dan ia disebarkan menerusi internet di Arab Saudi.
Ikut ceritanya
orang yang bersaiz besar begini ada di zaman Nabi Hud.Mereka dikatakan
kuat dan mempunyai tenaga luarbiasa serta mampu memeluk pohon pokok dan
mencabutnya.
Para ulama
di Arab Saudi percaya ini adalah rangka mereka.
Kisah ‘penemuan’
ini telah menjadi bahan perbahasan menerusi internet seluruh dunia sejak
ia antara lain dilaporkan oleh akhbar New Nation,Bangladesh pada 22 April
lalu.
Betul ke ia
satu penemuan dan ia gambar yang tulen?
Melayari berbagai
laman web yang membahaskan ketulenan gambar ini ada pihak yang menunjukkan
bukti ia satu pembohongan.
Akhbar New
Nation juga dikecam kerana menyiarkan satu gambar yang dikatakan jelas
satu pembohongan.
Gambar dikatakan
sebenarnya diubahsuai mengunakan perisian Photoshop dari gambar kerja mengali
penemuan haiwan dikenali sebagai ‘Mastodon’ di kawasan Hyde Park di New
York pada 16 September ,2000 lalu.Haiwan ini dikatakan hidup 10,000 tahun
lalu.
Ada pakar yang
mempersoalkan jika benar kenapa gambar dua orang itu tidak ada bayang.
Juga jika
diambil dari helikopter kenapa habuk tidak kelihatan berterbangan.
Syarikat Aramco
juga setakat ini hanya berdiam diri tidak membuat sebarang kenyataan.
Jika benar
ia dikatakan sudah menjadi berita sensasi dunia sekalipun pihak Arab Saudi
hendak merahsiakannya.
Sebuah laman
web memberitahu gambar ini adalah hasil dari peraduan ubahsuai gambar yang
dikendalikan oleh sebuah laman web dikenali sebagai “Worth 1000”.
sumber agenda
daily
|