Ini adalah
diantara gambar terbaru yang baru disiarkan....
terdapat 1,600
gambar penyiksaan tentera penceroboh keatas
rakyat Iraq
di penjara Abu Gharib.
Even after
death ! ABC News has obtained two new photos taken at the Abu Ghraib
prison in Iraq showing Spc. Charles Graner and Spc. Sabrina Harmon
posing over the body of a detainee who was allegedly beaten to death by
CIA or civilian interrogators in the prison's showers. The detainee's name
was Manadel al-Jamadi. Mark Rothschild writes about the details
of this poor man's death.
Berikut adalah
berita dipetik dari Berita Harian....
Askar AS paksa tahanan
Iraq makan babi, maki Islam
WASHINGTON:
Tahanan Iraq bukan setakat dibelasah teruk tentera Amerika Syarikat, malah
turut dipaksa memakan babi, minum arak, menghina dan memaki hamun agama
Islam, digari pada jeriji besi dan katil hanya kerana mahu menunaikan solat
dengan kebanyakan penderaan itu berlaku pada bulan Ramadan lalu.
Selain diarah
berbogel setibanya di penjara Abu Ghraib dan diberi makan makanan dari
tandas, mereka juga sering diraba askar wanita, dipaksa melakukan aksi
lucah termasuk beronani di depan askar penceroboh itu serta ditunggang
seperti binatang jika enggan bekerjasama ketika sesi soal siasat.
Malah, seorang
tahanan berkata askar Amerika turut meliwat seorang tahanan lelaki Iraq
berusia 15 tahun yang meraung kesakitan sehingga menyebabkannya cedera
teruk. Tahanan lain turut diliwat menggunakan lampu penanda arah serta
kayu belantan.
Ini adalah
antara pendedahan terbaru keterangan tahanan terbabit daripada dokumen
lain yang diperoleh akhbar The Washington Post, selain ratusan gambar baru
dan rakaman video penyeksaan tentera Amerika di penjara Abu Ghraib.
Akhbar itu
berkata, kenyataan mengenai penyeksaan yang diperoleh dokumen terbaru membabitkan
pengakuan bersumpah 13 tahanan Iraq yang diambil pada 12 hingga 16 Januari
lalu, di samping beberapa ratus gambar dan video klip digital, adalah antara
bukti yang dikumpul kumpulan penyiasat tentera bagi diserahkan kepada mahkamah
tentera di Iraq yang mana tujuh tentera Amerika kini menunggu masa untuk
dibicarakan atas tuduhan menyeksa tahanan.
Jurucakap Jabatan
Pertahanan memberitahu akhbar itu, bahan berkenaan termasuk gambar dan
video itu sama seperti bahan grafik yang ditunjukkan secara tertutup kepada
anggota Kongres AS awal bulan ini.
Lapan daripada
13 tahanan terbabit menamakan askar Amerika, Charles Graner sebagai pendera
utama. Graner, anggota Rejimen 372 Polis Tentera, kini menunggu masa untuk
dibicarakan.
Menurut akhbar
itu, dokumen terbaru itu memperincikan butiran kezaliman tentera Amerika
di sebalik tembok penjara Abu Ghraib menyaksikan tahanan mendakwa penderaan
itu sebagai hukuman hanya kerana memiliki barangan yang diharamkan.
Sebagai hukuman,
mereka dipaksa menghina agama Islam dan disuap secara paksa dengan makanan
mengandungi babi dan arak.
Seorang tahanan,
al-Sheik berkata, askar Amerika juga menyoalnya bertalu-talu mengenai agama
Islam.
“Anda menyembah
Allah? Saya berkata ya dan mereka kemudiannya memaki saya dan Allah.”
Malah dalam
kejadian lain, seorang tahanan yang dibelasah teruk sehingga patah kaki,
dipaksa supaya mencerca agama Islam.
“Kerana sudah
tidak tahan, saya akhirnya berbuat demikian kerana dipaksa. Mereka kemudiannya
memaksa saya berterima kasih kepada Nabi Isa kerana masih hidup.”
Hiadar Sabar
Abed Miktub al-Aboodi, tahanan bernombor 13077 pula berkata:
“Mereka memaksa
kami merangkak dan menyalak seperti anjing. Jika berdegil, mereka akan
memaksa kami tidur meniarap di atas lantai basah dengan kepala ditutup
beg plastik manakala mereka dengan gembiranya merakam gambar kami.”
Tahanan itu
turut mendedahkan bagaimana gambar penderaan terdahulu diambil, termasuk
aksi tahanan Iraq berbogel dan membentuk piramid manusia.
“Mereka akan
mengugut untuk membunuh kami jika enggan bekerjasama. Mereka membogelkan
saya, mengancam untuk meliwat jika tidak duduk diam ketika seorang askar
bertindak melukis gambar wanita di belakang badan,” kata Ameen Saeed Al-Sheik,
tahanan nombor 151362.
Kasim Mehaddi
Hilas, tahanan bernombor 151108, memberitahu penyiasat bagaimana dia dipaksa
berbogel setibanya di penjara itu tahun lalu, diarah mengenakan penutup
kepala dan memakai seluar dalam wanita.
“Namun, kebanyakan
masa, saya hanya berbogel.”
Dia turut mengaku
menyaksikan sendiri bagaimana seorang penterjemah askar Amerika itu mengadakan
hubungan seks dengan seorang budak lelaki.
“Budak itu
berusia 15 tahun. Ada orang menutup tempat itu dengan selimut tetapi saya
mendengar sendiri suara mangsa meraung ketika seorang askar wanita sibuk
mengambil gambar. Budak itu cedera teruk diliwat.”
Hilas berkata,
pernah pada satu hari dia bertanyakan Graner masa kerana mahu menunaikan
solat tetapi askar itu bertindak biadap dengan menggari tangannya di jeriji
besi tingkap sel dengan kakinya bergayut dan dibiarkan kegelapan selama
lima jam.
Dia turut mendakwa
menyaksikan sendiri Graner dan askar lain meliwat seorang tahanan yang
digari pada katil yang dijolok dengan lampu penunjuk arah, penderaan yang
turut disaksikan tahanan Mustafa Jassim Mustafa..
Mohanded Juma
Juma berkata dia dibogelkan dan dibiar telanjang selama enam hari.
“Askar Amerika
itu kemudiannya membawa tahanan baru, seorang bapa dan anak lelakinya ke
dalam sel kurungan saya. Mereka dipakaikan penutup kepala dan dibogelkan.
“Apabila penutup
dibuka, anak lelaki itu menangis melihatkan kezaliman askar terbabit ke
atas bapanya.”
Katanya, Graner
juga berulang kali melontar makanan tahanan ke dalam tandas dan memaksa
mereka mengutipnya untuk dimakan. – Agensi
|